Wednesday 16 July 2014

ICaster di Tiger 5 Changkat kruing

Setelah beberapa perubahan rancangan,akhirnya kami telah membuat keputusan untuk ke Tiger 5 ,Cangkat Keruing, Perak. Tempahan kolam telah dibuat sebulan awal oleh brother Hari dengan membayar duit tempahan sebanyak rm1000. Baki rm1000 akan dibayar pada hari tersebut iaitu 08/06/14.Kolam ini membenarkan 10 pemancing pada satu masa dengan kadar bayaran RM2000. Ini bermaksud, seorang pemancing perlu membayar RM200.

Kami semua agak teruja untuk trip kali ini sebab ini merupakan antara pertemuan pertama ICaster dari Perak dan ICaster dari Klang valley dan paling teruja sebab Kerapu naga saiz bagak. 

Kerapu naga bukan calang2 ikannya. Rod patah , reel rosak dan tali meletup adalah perkara yang biasa berlaku di kolam Tiger 5. Ahli-ahli yang mengikuti trip kali ini ialah Mathew (President),Hari (Organizer), Lin10 aka Turai, Vasu, Selva, Aston, Aroon aka BodyBuilder, Vimalan, Thava and Vincent aka PB Cruseder.

Peralatan yang kami akan bawa kali ni ialah beberapa set UL dengan tali (4lb),set Spinning,set BC dan set FLY.

Rod yang digalakan ialah 10-20lbs keatas supaya dapat kawal dan naikkan ikan dengan cepat dan untuk merasa tarikan sebenar ikan ini.Tali yg dicadangkan adalah 30lbs keatas. Reel yang digalakkan adalah segala reel yang mempunyai keupayaan drag yang kuat untuk menghalang larian ikan di kolam kedua yang banyak berkayu. Gewang yang dicadangkan ialah gewang murah sebab peratus hilang gewang dan rosak agak tinggi disana. Dibawah ialah gewang yang kami gunakan dan memang laku sehingga boleh dikatakan setiap 5 cast mesti ada satu ragutan.

 gewang Storm Wild Eye
 warna Fire Tiger ialah warna yang mesti ada dan digalakan beli 2 paket seorang. Dalam sepaket ade 3 sp.

 gewang Ratlling Rapala berwana silver
  Penggunaan Snap tidak digalakkan sebab peluang untuk lucut adalah tinggi. Swivel and split ring digalakkan. Dibawah ialah split ring dan swivel yang telah saya gunakan.



Split ring and hook pada gewang juga harus ditukar. Hook yang saya pakai ialah seperti di bawah dan digalakan membeli saiz yang sesuai supaya tidak menganggu renangan gewang.


Disebabkan kita memakai split ring, playar split ring ialah satu kemestian untuk setiap caster. Supaya kita tidak menganggu kawan-kawan lain yang sedang memancing.

Leader yg digalakan ialah 40lbs keatas dan yang keras supaya tidak putus bila terkena gigi kerapu yang halus dan tajam seperti kertas pasir gred kasar.

Di tiger 5, ade 2 kolam yang dibenarkan untuk memancing. 3 jam pertama adalah di kolam satu dan 3 jam kedua adalah di kolam dua. Kolam satu agak luas dan lapang. Jadi set yg lbs rendah boleh digunakan disana. Ikan dia sana agak rakus tetapi mempunyai daya pecutan yang agak kurang. Kolam 2 pula, kolam yg agak kecil dan banyak kayu ,dimana set yang berat digalakkan untuk menahan pecutan ikan supaya tidak memasuki kawasan berkayu. Pecutan ikan dia sini agak luar biasa. Kalau nak merasa reel menjadi panas akibat larian ikan,inilah tempatnya.Kepada yang kumpau di kolam1 tak perlu risau sebab sebelum 30min masa tamat, tauke kolam akan baling anak ikan mati untuk menaikan nafsu ikan untuk makan. Pada masa ni ape jua gewang yang dibaling akan diterkam oleh ikan. Tapi perancangan yang betul diperlukan pada masa ni dimana jangan semua baling gewang pada masa yang sama sebab kita akan menangkap gewang kawan kita dan bukan ikan.

Jumlah tangkapan kami pada hari itu ialah 38 kerapu dan 7 siakap. Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam. 

























Article By
Vincent Paul aka PB Cruseder

3 comments:

  1. Superb.. sure very usefull for anyone planning to go tiger 5.. nice PB Cruseder Vincent bro.. mengingatkan saat saat di T5 hehehe

    ReplyDelete
  2. Awesome writeup.. Useful and precise..

    ReplyDelete
  3. pergh.. tu semua main dengan set UL ke? terbaik tuan.

    Ini komplot Raya tepen Caster

    ReplyDelete